Wednesday, December 31, 2014

2015



     Assalamualaikum, diam diam dah pun masuk tahun baru tapi tahun baru tahun ni sambut new year dekat tempat kerja ja. Macam tak percaya ja umur dah makin besar dan tak percaya nak kena jalani kehidupan harian tanpa si dia selepas dua tahun bersama,Huh meluatnya bila fikir pasal hidup sorang sorang walaupun masih ada kawam masih ada family tapi saya perlukan dia sebab dia saya cinta dan harap 2015 hati masih tabah nak tunggu si dia. Betul cakap orang "Bunga bukan sekuntum" tapi kita kena tahu kita takkan takdapat bunga yang sama macam kita pernah ada dulu. Azam tahun baru ingat nak berubah, harap allah buka pintu hati ni, nak rajin kerja macam dulu balik.

Friday, August 22, 2014

 Rindu orang tersayang, adudududu teringin nak call nak manja manja, nak gelak gelak dengan dia tapi apakan daya dia dah tak suka amir, dia dah berubah tapi taktau la kenapa. Rindu dia yang dulu boleh call lawak lawak, walaupun baru tapi serius hanya dia yang faham amir. Terima kasih sebab muncul dalam hidup saya, saya tak harap awak akan pergi dengan cepat sebab niat saya nak sangat kahwin dengan awak, saya harap cita cita saya tercapai. Taklarat nak menangis sebab perempuan lagi,saya cuma nak kahwin. Taknak bercinta lama lama lagi. Tapi saya tau awak mesti takboleh terima diri saya nih kan sebabtu awak hilang pelan pelan. Saya sedar saya tak pandai, saya anak orang miskin. Tapi serius saya ikhlas cintakan awak. 

Sunday, August 17, 2014

:'(

Ya allah terima kasih beri kesempatan untuk hidup lagi, letihnya baru balik kerja dengan hujan lebat dahla alor setar dengan sungai limau 30km . Balik langgar pula dahan pokok besar atas jalan, jatuh sakit kaki. Hm dugaan demi dugaan, dulu ayah suruh mengaji pandai pandai taknak, sebabtu sekarang kena kerja sampai pagi. Dahla tada kereta. Harap moto ja, :) betul orang cakap orang agung agungkan yang pandai ja, manja kan yang pandai hm yang bodoh macam biasa la. Depa abaikan la. Duk nampak hidup nih takkan bahagia dah. Sebab bila nak ada duit boleh kahwin. Kalau kerja pun tak tetap. Last last mati kut jalan ja time balik kerja. 

Tuesday, July 29, 2014

Friday, July 25, 2014

Raya ;)

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin. Amboi raya tahun ni macam tak raya ja. Aduhai apalah nasib kan, selalu ja malang. Tapi tapala itu ujian allah kan. Taknak merungut la. Sekarang dekat KL lagi, kejap lagi pukul 4 baru nak kemas balik Sungai Limau,Kedah. Aduhai rasa macam malas jaa nak balik kedah. Hm tapi rindu ayah, rindu family. So kenala balik . Malam esok dah sampai kedah kena pergi kerja pulak dua hari then Raya. Alamak ! Lupa la baju melayu raya tak beli lagi, harap ada masa untuk beli, Amin. Esok sampai kedah kena bersihkan kubur Mak dulu la, nanti raya nampak cantik sikit. 🎇.                            
  

Thursday, July 24, 2014

Sahabat :*

Terima kasih kawan kawan sebab buat aku dihargai . Sebab selalu tanya khabar aku, selalu nasihat aku , tolong aku bila aku perlukan orang,selalu teman aku lepak & buat lawak dekat aku. Aku akan ingat hampa , tolong hampa masa hampa ada masalah juga. Insyallah, senang sama sama , susah sama sama. Aku ingat hampa dua orang, yang lain pun kawan tapi tada la macam hampa. Nak buat semua benda alah tu.  

Monday, July 21, 2014

Kerja :)



      Kerja oh kerja. Pagi kerja malam kerja macamtu la bila dah belajar tak pandai. Kena kerja lebih nak cari duit poket untuk  penuhi impian. Aduduududu , ya allah terima kasih sebab kuatkan hati yang pernah terluka . Boleh kerja tenang, boleh fikir masalah lain yang lebih penting dari tu dan selalu dekatkan dengan orang yang hargai saya +kawan kawan baru. Allah selalu uji kita sebab dia sayang kita kan, insyallah cuba tak merungut lagi dan hadapi dengan tenang. Amin

21.4.2014 <3

Hi cinta. Selamat pagi :) harap harini lebih baik dari semalam. Semalam keluar dengan cinta hati layan wayang cerita ICEMAN. Wow layan gila tengok dengan orang tersayang. Thanks sebab sudi temankan. Bahagia harini walaupun jumpa sekejap. Kbye . Haha Even if we fight a lot, I still want you in my life. @nuriliyanaa iloveyou . Dekat blog kita kenal, dekat blog saya selalu update pasal awak. Wheewwwww :*

Saturday, July 19, 2014

July.

Hi july . Disini saya kenal dia, disini saya saya habiskan cerita tentang kami. Okay ?  Semua dah selesai, takda lagi gaduh gaduh dan saya dengan kehidupan saya seperti manusia biasa , dugaan demi  dugaan tapi selamat allah selalu tolong betulkan benda yang salah kepada benda yang betul. Syukur sangat sebab walaupun jahat allah masih dengar doa dan selalu permudahkan urusan .Bahagia
 dengan kehidupan sekarang . Hanya black & white sebab hidup dah tada warna warni lagi. Tapi hidup tetap kena teruskan dan tak simpan dendam kat sapa sapa. Sebab saya pun pernah buat salah. Terima kasih kawan kawan yang selalu sokong dari belakang. Aku sayang hampa ! Kbye 

Thursday, July 3, 2014

Malang

Hi selamat pagi. 1 julai menceritakan segalanya tentang  perjalanan hidup akan datang,harini baru dapat tau yang amir tada awek dari 20 jun haritu lagi. apalah kan malang sangat hidup ni tapi tak semua salahnya takdir,semua berlaku sebab diri sendiri, apa perasaan bila orang yang kita paling sayang tetiba ada dengan orang lain dalam masa yang singkat, mesti sakit hati kan tapi itula yang terjadi dekat amir, harap boleh hadapi semua dengan doa. :( tapi kadang kdang terfikir allah boleh ka terima doa orang jahil macam amir ni . :D harap semua okay. 20 tahun  hidup tapi setahun ja pernah raya ada awek tu pun tahun lepas.tak sanggup la nak hadapi semua ni ,rasa macm nak gila ja. macam nak lari pergi tempat yang tada orang. malu sangat kenapa asyik jadi mangsa. :( rindu hidup dulu dulu rindu semuanya. rindu nak ada yana balik, rindu nak lawak dengan dia



Thursday, April 17, 2014

ILoveYou

Hi semua. Assalamualaikum, 18.4.2014 jam 3.11pg still takboleh tidur, Rindu someone yang tak pernah rindukan amir. Setahun sebulan kami bersama, tapi kenapa sekarang dia nak layan macamni, macam dah bosan dengan amir. Entahla, dalam masa sebulan ni sekali tak bebaik lagi, semua asyik gaduh ja. Bila cuba nak bebaik, dia cakap benci amir, dia cakap semua orang meluat dengan amir, dia suruh amir belah dari hidup dia. Ahhhh mudahnya cakap, amir dah cinta mati dekat dia kenapa sekarang baru suruh amir buat semuatu. Cukupla, amir tak banyak masa nak hidup dengan dia lama pun. Ya allah, berikanla hambamu ini bahagia , tak sanggup macamni lama lama. Dia off handphone, taktau nak contact dia macammana. Aduhai , haritu dia kena ragut, amir melawat dia okay ja. Tapi layanan tu untuk amir sehari ja, lepas haritu bila ada orang yang lain dia, dia abaikan amir. Tinggal amir macam sampah ja. Hm betul apa dia pernah cakap, family dia tak suka amir jadi kenapa dia nak suka amir kan. Mungkin sebabtu dia suruh amir belah, cari alasan nak gaduh. Jauhkan diri dari amir. Padam semua nama amir dekat laman sosial awak, tukar gambar kita. Itu awak janji awak yang takkan buang, kalau buang tanda kita takkan ada apa apa, tapi kenapa pilihan awak sampai macamtu, hidup kita banyak dugaan. Sabarla, Betul jodoh dekat tangan allah,tapi kita boleh usaha jaga hubungan kita kan. Awak, kalau awak baca,awak kembalila dekat saya macam sediakala saya perlukan awak .terimala saya seadanya :'( dekat blog ni kita mula kenal, dekat sini saya cuba nak bagitau awak betapa penting nya awak dalam hidup saya, saya hidup tanpa hala tuju tanpa awak.  Assalamualaikum