Monday, December 31, 2012

Kantoi :*

      Assalamualaikum, Selamat pagi cinta. 1.1.2013 bangun awal pula amir hari ni cari Siti Zulaiqha Arzami *RINDU. Thanks eeka berwick sebab buat amir teruja couple dengan dia,dah masuk bulan ketiga dengan dia. hope boleh hadapi segala dugaan lepas ni bersama si dia lagi dan terharu sangat bila dengan dia.nak tahu tak?walau kami gaduh teruk macam mana pun kami tetap akan berbaik macam biasa sebab akan ada salah seorang yang akan mengalah,Sepanjang hidup amir couple tak pernah bahagia macam ni,amir baik ja dengan family dia dengan mama dia siap boleh gosip-gosip lagi,Si dia cakap mama dia macam mak amir juga(TERHARU),amir suka sangat sangat tapi baru -baru ni amir tipu si dia masa anniversary kami yang kedua,amir keluar dengan kawan pergi sungai petani tapi amir tipu dia cakap pergi tumpang kawan sebab taknak bawa dia keluar padahal pergi sendiri kawan yang tumpang amir. Sampai ja amir dekat tempat tu ,minum minum tiba-tiba dia datang dekat tempat amir lepak tu naik motor dengan lesen apa pun tak ada,lagipun dah pukul 10 malam dengan datang nangis -nangis cakap kenapa amir tipu dia. Okay memang salah amir pun kan sebab tipu dia dan menyesal sangat tapi amir janji lepas nie cuba tak tipu dia lagi sebab amir nak dia ada dengan amir setiap saat.Thanks juga sebab dia buat amir terasa dihargai sangat sampai sanggup datang cari amir nak tengok amir tipu dia ke tak -,-

Sunday, December 2, 2012

Birthday Along ^_^


          Sambut birthday along dengan hazim & eeka , Aauuuuuummmmmm <3 best la,teruja rasa keluar dengan mereka, Along nie sorang yang jenis lawak,suka cakap bukan bukan.Tapi yang paling best masa keluar sambut birthday along nie,amir dapat bawa jantung hati amir(Eeka). Wow best dapat kenalkan eeka dengan cousin amir,Orang pertama dalam hidup amir yang amir couple bawa jumpa cousin+keluar sekali pula tu. Amir cinta mati dekat Eeka nie,harap dia tak tinggalkan amir. :D .

Friday, November 2, 2012

Rumah Baru. Wink wink ;)





 Hi selamat malam, Wow rumah baru Hidup baru,Tak sabar nak pindah tapi bila la boleh pindah,ayah cakap nak balik kerja Sekolah lama dia dekat sekolah sukan bukit jalil balik tahun depan. Haissshh pening la,serius amir suka suasana kampung tapi kampung tada peluang pekerjaan dan susah nak buat duit so sekarang terpulang pada ayah. dekat atas tu rumah amir tapi tak la besar macam rumah korang dan bawah tu gambar rumah tok amir yang sama pattern macam rumah amir dan bersebelahan.rumah biasa ja bukan banglo macam rumah korang :'( tak mampu

Perfect October.






Selamat Tinggal October ,Selamat Datang November. Haha koleksi gambar bulan october tapi tak la secomel anda atau bf anda tapi amir suka diri amir tak kacau orang dan tak edit gambar, bersyukur dengan apa yang allah bagi ja. xD

Monday, October 29, 2012

Siti Zulaiqha Arzami



  Assalamualaikum,Hi hari ni nak cerita pasal Eeka Berwick,Dulu bila lepak dengan kawan kawan selalu orang sebut nama dia cakap comel tapi tak pernah bermimpi pun nak dapatkan dia sebab tak setaraf doh,Now dia depan mata dan ada untuk amir. Wow sumpah terharu,nama sebenar dia Siti Zulaiqha Arzami dan baru umur 17 tahun.dia baik sangat + pandai jaga hati seseorang,serius beruntungla sapa yang kenal dengan dia.Amir sendiri pun terkaku kenal dia. ;) Wink Wink . Jangan rampas dia dari amir :D

Sunday, October 21, 2012

Smile :xD


         
      Selamat Petang , lalalala dia kawan baru amir,comel kan dia. Thanks ada untuk amir time amir perlukan seseorang.Teruja kenal dia dah la comel + baik + selalu buat amir terasa dihargai. ;)

SAD -,-




             Allah maha adil kan,mungkin hari nie hari mereka luka kan  hati amir tapi esok siapa tahu kan,betul cakap orang jodoh diaturkan allah tapi sekurang kurangnya kita merancang .Amir dah merancang nak hidup dengan someone yang bernama _ _ _ _ _ _ tapi dia abaikan amir dah sekarang dan kutuk amir macam macam termasuklah HIPOKRIT,sedih la juga 4 minggu tunggu dia tanpa jawapan dan dia abaikan macam tu ja. whewwww tuhan saja tahu apa rasa dalam hati nie . Tapi tapala amir berundur dari tunggu dia dan doakan dia happy bersama orang lain. hope dia boleh belajar dari kesilapan dan tak sakiti orang lain lagi selepas nie macam amir,Seseorang mampu berubah bila bila masa kan cuma masa ja kita tak tahu ^_^

Monday, October 15, 2012

Jantung -,-



  Assalamualaikum , Mereka Jantung Hati saya, walaupun sekarang hanya tinggal ayah tapi amir tak pernah lupa MAK amir yang lahirkan amir,jaga amir dan adik -adik sampai umur  amir 13 tahun. Terima Kasih Mak sebab jaga abang dan adik -adik kami sentiasa doakan mak,sumpah abang nangis kalau abang tengok gambar mak,sebab abang tak sempat nak jaga mak.Tapi abang janji akan jaga Ayah dan adik-adik sampai abang mati.Gambar nie amir terjumpa dalam lappy,gambar nie masa mak dengan ayah amir dekat tanah suci makkah.

Thursday, October 11, 2012

Syok Sendiri



           Assalamualaikum, Hi terasa malunya bila Syok Sendiri terasa diri nie macam malas malas ja nak jumpa awak lepas nie dan kalau boleh nak menjauh ja diri dari awak,Sampai hati awak abaikan saya,dulu saya tak reply text 2minit pun call tanya kenapa tapi sekarang awak dah lain selalu sibuk sampai tada masa untuk luangkan untuk saya.Saya suka awak yang dulu selalu text+call saya dan selalu cakap sayang dekat saya,terharu sangat saat tu.Tapi kenapa dengan awak yang sekarang,berubah dengan sekelip mata ataupun mungkin saya yang ada buat salah dengan awak tapi saya tak sedar (?) Saya perlukan awak setiap masa tapi kalau awak diam macam ni saya taktahu awak suka saya atau tak dekat saya lagi,Saya rasa dah tiba masa nya saya berhenti berharap dekat awak. mungkin kita tak ditakdirkan bersama kan kan o___o

Wednesday, October 10, 2012

Fobia Cinta -,-

       Assalamualaikum, Hari nie  nak update pasal FOBIA CINTA alahai malunya.Dulu masa amir tingkatan 3,amir pernah couple dengan seoarang perempuan nie nama dia Kyra (bukan nama sebenar) entahla macam mana amir boleh couple dengan dia tapi mungkin disebabkan di sekolah tu hanya dia yang comel dan ramai orang tergila gilakan dia termasuk la amir,entahla macam mana dia boleh suka amir,amir pun hairan disitu sedangkan ramai lagi yang hensem/macho. Lalalala setelah seminggu dengan si dia,amir setia dan setia tapi rupa rupanya dia curang belakang amir,tipu la kalau cakap tak sedih,amir siap menangis lagi.amir dapat tahu dia curang masa dia datang rumah amir jumpa family,amir ambil phone dia check mesej alahai check punya check tengok tengok ramai gila dia text lelaki lain dan bertulis sayang sayang,.(untunglakan bila comel boleh main mainkan orang) lepas tu amir hantar dia balik,lepas dari hantar dia balik amir tak pernah call dia langsung dan amir terus menyepi. Sampai sekarang bila couple amir susah nak percayakan perempuan terasa curiga setiap masa ,takut dipermainkan macam dulu dan amir FOBIA dengan CINTA. :'(

Fake Relay ^_^







Fake relay facebook,comel kan dia tapi jangan mimpi la amir nak ada crush macam nie.mana mampu kan,tapi thanks atikah setia dengan amir,terharu sangat.

Thursday, September 27, 2012

Please Love Me .


           
              Holla , haha. Teringin nak couple lagi,nak juga ada pujaan hati macam orang orang lain.Nak jaga hati orang,nak buat seseorang happy.Tapi ada ke orang yang nak amir yang tak berapa nak perfect dan bermasalah nie (?) jadi tanda tanya disitu kan.Bila hati suka orang,orang tak suka kita.tapi bila orang kita tak suka,orang tu suka kita pula.macam mana nih,amir perlukan cinta yang boleh faham amir,dimana awak CINTA.nak lamar orang ajak couple tak berani,kalau berani senang la kan ,boleh buat macam gambar dekat atas,tapi nie disebabkan tak berani terpaksa la duduk diam tunggu CINTA turun dari langit la agaknya kan. -,-

Black & White Party



                                        Put your hand up !   Put your hand up !   Put your hand up ! nie party Black & White baru baru nie rancak sial,Oppa Gangnam Style. Dan sekarang tengah tunggu Black & White Final Chapter mesti rancak kan

Si comel saya.


         
                 Hi,akhirnya setelah sekian lama teringin nak guna blackberry akhir berjaya juga beli dan lebih bermakna sebab beli dengan usaha sendiri bukan duit ayah okay.amir beli BB nie guna duit meniaga Al-quran.adalah la untung sikit sikit,simpan simpan cukup juga beli.

Hilang -,-



                Assalamualaikum setelah lama menghilang daripada update blog now sekarang amir kembali update selepas putus cinta buat berkali kali.sedih sangat bila cinta someone tu tapi orang tak boleh nak faham diri kita,saat kita selalu dengan dia,dia akan selalu ingat kita tapi bila kita sibuk sedikit dan tak dapat layan dia sekejap ja mesti kita dituduh curang kan.tapi kenapa,dia seolah olah tak hargai lansung kita kan,masa kita dengan dia selama nie,layan dia,dia tak pernah ingat semua tu,tapi bila sekejap tinggalkan dia sibuk la dia nak tinggal kita,hina hina kita dan mencari segala kesalahan kita untuk putus.sedih kan setiap kali couple benda yang sama berulang,sekarang stop dari couple tapi bukan gay ya.cuma tak mahu hidup seolah olah dipermain dan tidak dihargai.setiap manusia ada kesalahan kan,tak semua perfect so kita kena saling memahami.amir pun bukan yang terbaik untuk seseorang bila couple tapi amir cuba jadi yang terbaik untuk dia,tapi kalau dia tak faham amir,terpaksa la berpisah dan amir tak sanggup orang hina hina amir.sedih dengar -,-

Thursday, July 26, 2012

Dan Dan Dan






           Hi nie rumah baru amir yang,tapi tak secantik rumah anda.Tapi amir bersyukur sangat ada tempat belindung dari tada apa lansung kan.rumah nie dah siap cuma tak boleh raya dekat sini tahun nie disebabkan tok amir yang sedang sakit dia rumah yang lama,yang amir duduk sekarang.dan amir dan family tak sanggup nak tingalkan tok sendirian dan amir dengan family tetap dirumah lama jaga tok yang sakit dan kami juga terhutang budi pada tok sebenarnya sebab dia la yang jaga makan minum kami sejak mak meninggal dan dia juga yang jaga mak selama mak sakit.so amir dan family akan jaga tok sampai dia sihat seperti dulu.hanya dia yang amir ada untuk tempat luar perasaan dan manja-II.hehehe sayang tok

Wednesday, July 25, 2012

Tanda tanya ( ? )

Dah lebih satu minggu kita kenal dan entah sejak bila hati saya sayang pada awak sebagai sahabat telah bertukar menjadi rasa cinta dan lebih menakutkan bila saya sedar perasaan saya pada awak dah berubah. Rindu saya pada awak bukan lagi sebab rindukan kawan. Rindu saya sebab cinta dan pada mulanya saya cuba menipu diri sendiri, kata saya tak cintakan awak. Tapi kelamaan saya tahu dan sedar saya tak boleh lagi menipu hati saya dan saya mula Keliru.Akal saya kata, jangan kerana perasaan cinta saya pada awak saya kehilangan sahabat baik saya.tapi Hati saya kata, tak salah cintakan sahabat baik sendiri. Luahkan lah perasaan cinta itu agar kalau ada jodoh akan bertaut. tapi akal saya kata lagi, macamana kalau cinta saya tiada balasan serupa dan saya kehilangan sahabat baik saya kerana luahan hati saya itu?
Sekarang ini, akal dan hati saya tak berhenti berbalah. Patutkah saya luahkan cinta saya pada awak, wahai sahabat baik ku? Patutkah? Berbaloikah?dan mungkinkah awak terima cinta saya ataupun menolak begitu saja masih menjadi tanda tanya dalam hidup saya.Saya tak mampu tunggu cinta awak dengan begitu lama sebab nanti hati saya was-II fikirkan hal tentang awak.saya harap kalau awak baca blog nie,awak dapat bagi saya jawapan secepat mungkin.

Jantung Hati





          Assalamualaikum,Malam nie nak cerita pasal Emak amir,yang ada dalam fikiran amir setiap saat.humm amir sayang emak amir,dia satu-satunya emak yang amir ada dalam dunia,walaupun tuhan hanya pinjamkan dia sekejap dalam hidup amir,amir hargai sangat saat bersama Mak amir.tetapi apakan daya tuhan lebiih sayangkan dia,tetapi amir best sangat saat bersama emak,dapat melancong merata tempat.dapat hidup lebih dari orang lain,ia kenangan paling indah dalam hidup amir yang tak dapat amir ungkapkan dengan perkataan,Amir dan adik-II tak pernah berpisah dengan mak sejak kecil,kecuali masa mak pergi umrah dengan ayah.tu ja kali terakhir kami berpisah tetapi sekarang kami berpisah dengan mak buat selamanya,masuk tahun nie dah 6 tahun mak pergi tinggalkan kami.amir rindu sangat mak,amir nak peluk mak,cium mak.tapi sekarang abang dengan adik-II hanya mampu berdoa untuk mak.dah tak mampu tulis apa-II sebab menangis.lain kali sajala update

Tuesday, July 24, 2012

Bff








 Hi, nie gadjet terbaru amir 2012 sapa curi amir.memang amir nangis la .so tapayah la curi,minta ja ayah korang,nangis-II sikit dapat la nanti.tu yang amir dengan adik-II buat.haha

Hacks ^ + ^




                 Hanya aku cinta kau seorang.atototo sweet pula amir tengah malam nie haha,hari nie nak cerita pasal orang baru dalam hidup amir yang selalu ada dengan amir setiap saat.Walaupun baru saja amir kenal si dia tapi amir gembira bersama si dia lagipun si dia pandai jaga hati amir dan tak pernah buat amir sedih.Tapi amir nie ja yang tak bersyukur,selalu tuduh si dia macam-II sampai si dia pun dah mula jemu dengan sikap amir,Tapi amir cuba berubah untuk si dia untuk pastikan si dia gembira bersama amir.Walaupun status kami hanya sebagai kawan tapi si dia layan amir lebih dari itu sehingga hati ini pernah terfikir untuk bersama si dia buat selamanya tapi siapa lah diri amir nie berbanding si dia yang comel+pandai tu kan.Sejak pertama kali dengar suara si dia dalam phone dan tengok gambar si dia melalui facebook.hati amir mula tertawan dengan si dia tapi malu nak bagitahu sebab dia terlampau comel dimata amir,dengan bertudung,cara bercakap & cara melayan orang membuat amir mula jatuh hati pada si dia tapi hati amir terluka disebabkan dia pernah berkata kita tak mungkin bersama.Mula dari hari tu amir dah mula takut untuk dapatkan si dia.jika suatu hari nanti amir dapat peluang bersama si dia,amir cuba tak kan hampakan hati si dia.tapi bila peluang itu akan datang masih menjadi tanda tanya. ( ? ) dan amir masih meletakkan harapan yang tinggi dengan si dia.Andai dia baca blog nie,amir nak dia tahu satu ja amir suka dia,bagi la amir peluang bersama si dia dan cuba gembira kan si dia selagi amir mampu.oke la dah nak tidur,malam esok amir sambung update oke.

Monday, July 2, 2012

MY FAULT - , -



        MY FAULT ! salah diri sendiri sebab selalu cari masalah dengan si dia,Aduhai sampai terputus kali nie.Oke serius cakap aku menangis tak henti-II minggu nie selepas putus.kami putus disebabkan cemburu yang melampau,padan muka aku kan sedangkan si dia setia dekat aku sampai sanggup bagi apa saja untuk aku tapi aku tak pernah faham dia dan selalu buat di dalam masalah sampai dia tertekan minta putus.Salah aku kan tapi aku sayang si dia yang aku buat begini kalau tak sayang aku tak buat semua semua tu macam perpatah la ''Cemburu Tanda Sayang".Aku cemburu disebabkan dia simpan gambar-II Ex dia dalam handphone dia,bagi number phone dekat orang dan cakap dekat orang yang dia sayangkan ex dia lagi.macam tu memang la cemburu cuba hampa ditempat aku,mesti sama ja hampa buat kan tambahan pula tok aku sedang sakit tenat,Dua hari tak tidur tetiba dia call,dah la jenis aku suka ungkit benda lama.ungkit-II last dia letak public dan call balik ajak break.memang nangis la.semalamam aku nangis kat Hospital.menyesal tada kesudahan.Tapi serius cakap "Hidup Tanpa Dia Ibarat Hidup Tanpa Air".Aku janji kalau diberi pluang aku takkan buat lagi benda yang sama.memang orang cakap jodoh ditangan allah tapi kita boleh usaha mengekalkan nya.

FXD ^ _^


         
    Wow ! ramaikan,disini la bermula perhimpuan pertama basikal warna warni atau lebih terkenal dengan panggilan fixie.saya orang pertama di sini dikalangan team sekarang.bangga gila.Tapi saya bukan ketua oke(tak gila kuasa kay).Tapi sekarang ia pupus disebabkan peperiksaan.(^_^)

Thursday, May 24, 2012

Muka Buku ^_^

           
          Hidup nie kadang-II tak adil kan.setia selalu ditipu,bila tak setia pasangan setia pula.kenapa mesti macam ni.?aku perlu kan dia disisi aku tapi kenapa dia selalu buat masalah.aku tak pernah curang selama kami couple.tapi dia ! tak boleh faham isi hati aku lansung.aku boleh couple dengan dia yang duduk dihostel. dua minggu sekali balik dan baru dapat text tapi dia,aku tak dapat nak layan sekejup dah nak cari orang.dah banyak kali bersabar.kali nie terserah la kepada awak.buat la keputusan yang betul.saya sunggup ditingggalkan daripada awak menderita bersama saya dengan beberapa detik saya tak dapat layan awak.saya nak awak tahu hanya awak yang saya ada dan cinta.saya tahu saya tak hensem + miskin + bodoh,saya sedar semua tu.oke la dah nak tidur.assalamualaikum (tulis sambil menangis)

Sunday, May 13, 2012

Saturday, April 28, 2012

Stop !



          Berhenti bermain atau akan hidup merana.amir pilih berhenti,sebab pelajaran lebih penting dalam kehidupan.akan main balik bila dah masuk U nanti.insyallah.tahu tak.

Study ^ _ ^

                             
               Hi,tak sabar nak tunggu bulan 5.berazam nak belajar bersungguh-II,tanak kecewa kan ayah buat kali kedua cukup hanya sekali.hope dapat lakukan yang terbaikk untuk diri sendiri dan juga keluarga.Amin.

Merajuk -,-


                 Assalamualaikum,haha merajuk,memalukan kan.sebenarnye kan amir merajuk dengan ayah amir,dia marah amir sebab tak angkat phone dia call masa ada hal penting nak bagitahu.salah amir kan ayah tapi amir pula yang merajuk.macam budak-II.tahu tak apa yang membuat kan ayah marah.amir tak angkat call ayah sebab still tidur sedangkan dah pukul 2 petang tu yang ayah marah.Salah diri sendiri kan.Amir merajuk sampai pergi KL tak bagitau ayah,teruk punya anak kan.amir seminggu di KL sebab merajuk.Amir nak minta maaf tapi    
takut.amir sayang ayah amir.dialah satu-II yang amir ada dalam dunia nie.walau macam mana pun,merajuk tera mana pun.dia tetap ayah amir sampai bebila.amir sayang dia. "Ayah,abang minta maaf,Abang janji akan berubah.nak jaga Ayah".
                             

Monday, April 9, 2012

Kuasa Allah S.w.t < 3


                    Indah sungguh kan kuasa Allah swt.Gambar nie ambil petang tadi masa nak pergi main bola.sesungguh nye allah itu maha berkuasa.lihat la bertapa indah nye pelangi tu.

Saturday, April 7, 2012

Futsal ^ _ ^


                Hari nie hari pertama main keeper.best la pula,selalunye diletakkan diposisi penyerang.humm.tapi kan macam ada bakat la pula.tetiba ja malam nie dapat save bola yang kuat-II banyak.full time pula tu main.hari nie kan main fly sana fly sini ohh.tapi biasa la kan baru belajar.mesti la ada kesilapan.macam David dea gea juga,awal main banyak mistake.tengok sekarang dah oke.amir harap dapat la jadi macam dia.belajar dari kesilapan.dia juga keeper yang amir minat tau.teruja tengok permain dia.HAHA ^_^

Thursday, April 5, 2012

Gadjet



           Teruja dengar mp3 player sony nie la.teringin nak beli.tapi bukan sekarang.duit tada.kena la kumpul dulu,jawabnye bebulan-II la nak kumpul duit nak beli.tapi mahukan kepuasan memang la kena beli barang mahal kan.biar mahal demi keseronokan.haha.RM2_ _ ja tapi nak cari duit mana kan kalau tak kerja.so azam bulan depan nak berkerja sambil study paper julai.yeahhh. maklum la budak kurang pandai kan kena ambil paper julai.tak sepandai korang la sayang.tapi bersyukur apa yang ada.mungkin ada hikmah disebaliknye.AMIN

My Wife



                     
             
              Dia wife saya,nama dia ctiey jiha(facebook),dia stay YAN ja.dekat la dengan rumah amir,tapi dia belajar dekat sungai petani,sekolah che tom.budak hostel.haha.kali pertama jumpa dia kan.dia dengan balak dia dekat titi hayun,malas la nak kacau,kita sedar diri kita siapa.tapi lepas tu jumpa lagi si dia nie dekat pantai murni dengan kawan amir yang juga budak fixie stay kat gurun,sanggup kayuh sorang-II semata nak jumpa si dia nih.so sekali lagi tak berani nak kacau.abaikan dia begitu saja.sampai suatu masa dia tegur dia facebook,betapa gembira hati ini.tapi tak mengharap apa-II sekadar berkawan.dia bagi no phone untuk contact so amir ambil la.mesej pun mesej last-II dia cakap dia minat kat seorang mamat nie.amir pun bagi la nasihat,pergi la bagitahu mamat tu dah suka kat dia nanti melepas pula.so dia fikir punya fikir.tetiba dia cakap yang mamat tu amir.amir gelak seorang diri dan terdiam.dan kemudian tanya dia awak buta ka rabun.dia kata tak,dia oke.dia cakap betul la dia suka amir.then amir pun terima dia.kami couple dari 25/12/2011 sampai sekarang.amir happy disamping dia.dia boleh terima diri amir seadanye.syukur sangat kat allah .dapat pertemukan amir dengan si dia.amir happy walau dengan dia walaupun dia col dua hari sekali ja.tapi amir happy sangat.nak tahu tak sebenarnye dulu kami dah pernah couple la,dalam form 1 macam tu kut,masa dia sekolah kat yan la.tapi dia tukar sekolah ke che tom.disitu la kami break lost contact.tetapi yang disebutkan jodoh tak kemana kan jumpa juga akhirnya.2011 menjadi saksi segala nya.amir setia sangat kat dia.walaupun dengar orang asyik cakap dia curang la apa la.tapi itu hak dia kan.biarkan jala janji amir setia.amir nak bersama dia sampai bebila.minta-II la tak banyak halangan untuk kami hadapi.AMIN.sampai situ la dulu cerita nanti kalau ada lagi cerita tentang dia amir bagitahu lain.
tengok gambar kat atas,comel kan dia.tapi tak secomel pasangan anda k.jangan curi  dia dari saya tau,kalau curi dia umpama hidup amir tanpa udara la. :P

Sunday, April 1, 2012

Kawan < 3

Kata mak , KAWAN tu ibarat LEBAH, habis madu sepah dibuang


kata abah,,KAWAN tu umpama BUNGA ROS, dipandang cantik dipegang sakit 


kata atuk, KAWAN ibarat AIR , terus mengalir


kata nenek ,KAWAN tu bak bulan , dipuja disanjung tapi nun jauh disana


kata sepupu, KAWAN macam  makanan , kawan makan kawan


kata abang KAWAN macam lembu, ikut saja apa yang dikata


kata kakak,KAWAN macam durian, smell like heaven taste like hell


kata adik KAWAN tu macam biskut , sekejap ada sekejap takde


kata aku tak kesah lah kawan macam lebah  ke,bunga ros, macam air,seperti lembu,macam durian , & macam biskut . dia tetap kawan. sekali dah berkawan dengannya. selamanya aku tetap kawan dia.

April

Assalamualaikum,April 2012 dimulakan dengan penuh rasa benci dan dendam apabila sesuatu yang disayang dirampas orang lain.memang best la kan.baru saja tinggal 24hour dia hilang dengan sekelip mata.tapi mungkin ada hakikat disebalik semua yang berlaku.tapi hakikatnya hati ini tak dapat terima kenyataan la kan.selepas bagi harapan tinggal kan kita bersama harapan tu saja,sedar dia banyak terasuk,termakan pujuk kawan-II dia,disebabkan itula jadi begini.walaupun happy bersama dia.tapi apakan daya.hati orang kita tak boleh paksa kan.hidup ni tak perlula jujur dan baik sangat la kan,kalau baik jadi macam nie la.

Sunday, March 18, 2012

Anis Amanie

Assalamualaikum,hari nie amir nak cerita tentang  Si Dia yang muncul dalam hati amir secara tetiba dikala amir tengah sunyi,terima kasih tuhan perkenalkan amir dengan si dia,amir happy sangat dapat berkenal dengan si dia,dia baik,comel dan selalu buat amir terharu bila bersama dia.suka sangat.sebenarnya amir dah lama suka dengan si dia tapi dulu masa amir cuba rapat dengan dia,dia tak pernah layan amir.dan amir pun buat tak kesah la,lagipun dia kawan dengan kawan FB amir juga budak olahraga KMY .tak nak la merosak hubungan  si dia.tapi sekarang mereka dah putus.so terfikir la hati untuk kacau si dia.tetiba dia layan secara spontan.alangkah bahagia hati ini bila dia layan amir.happy sampai taktahu nak cakap apa-II,si dia baik sangat selalu buat lawak dan selalu kongsi masalah.bahagia gila-II.amir dah mula cinta jatuh cinta dengan si dia tapi takut nak bagitahu.sekadar bagitahu kata suka saja.hope sangat dia boleh tunggu amir.dan tak cari orang lain.





comel kan dia dengan angry bird dia.heee..suka ! hope sangat la kita dapat bersama awak. <3