Wednesday, June 17, 2015

18062015

Travel while you're young and able. don't worry about the money, just make it work. experience is far more valuable than money will ever be.

Wednesday, December 31, 2014

2015



     Assalamualaikum, diam diam dah pun masuk tahun baru tapi tahun baru tahun ni sambut new year dekat tempat kerja ja. Macam tak percaya ja umur dah makin besar dan tak percaya nak kena jalani kehidupan harian tanpa si dia selepas dua tahun bersama,Huh meluatnya bila fikir pasal hidup sorang sorang walaupun masih ada kawam masih ada family tapi saya perlukan dia sebab dia saya cinta dan harap 2015 hati masih tabah nak tunggu si dia. Betul cakap orang "Bunga bukan sekuntum" tapi kita kena tahu kita takkan takdapat bunga yang sama macam kita pernah ada dulu. Azam tahun baru ingat nak berubah, harap allah buka pintu hati ni, nak rajin kerja macam dulu balik.

Friday, August 22, 2014

 Rindu orang tersayang, adudududu teringin nak call nak manja manja, nak gelak gelak dengan dia tapi apakan daya dia dah tak suka amir, dia dah berubah tapi taktau la kenapa. Rindu dia yang dulu boleh call lawak lawak, walaupun baru tapi serius hanya dia yang faham amir. Terima kasih sebab muncul dalam hidup saya, saya tak harap awak akan pergi dengan cepat sebab niat saya nak sangat kahwin dengan awak, saya harap cita cita saya tercapai. Taklarat nak menangis sebab perempuan lagi,saya cuma nak kahwin. Taknak bercinta lama lama lagi. Tapi saya tau awak mesti takboleh terima diri saya nih kan sebabtu awak hilang pelan pelan. Saya sedar saya tak pandai, saya anak orang miskin. Tapi serius saya ikhlas cintakan awak. 

Sunday, August 17, 2014

:'(

Ya allah terima kasih beri kesempatan untuk hidup lagi, letihnya baru balik kerja dengan hujan lebat dahla alor setar dengan sungai limau 30km . Balik langgar pula dahan pokok besar atas jalan, jatuh sakit kaki. Hm dugaan demi dugaan, dulu ayah suruh mengaji pandai pandai taknak, sebabtu sekarang kena kerja sampai pagi. Dahla tada kereta. Harap moto ja, :) betul orang cakap orang agung agungkan yang pandai ja, manja kan yang pandai hm yang bodoh macam biasa la. Depa abaikan la. Duk nampak hidup nih takkan bahagia dah. Sebab bila nak ada duit boleh kahwin. Kalau kerja pun tak tetap. Last last mati kut jalan ja time balik kerja. 

Tuesday, July 29, 2014

Friday, July 25, 2014

Raya ;)

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin. Amboi raya tahun ni macam tak raya ja. Aduhai apalah nasib kan, selalu ja malang. Tapi tapala itu ujian allah kan. Taknak merungut la. Sekarang dekat KL lagi, kejap lagi pukul 4 baru nak kemas balik Sungai Limau,Kedah. Aduhai rasa macam malas jaa nak balik kedah. Hm tapi rindu ayah, rindu family. So kenala balik . Malam esok dah sampai kedah kena pergi kerja pulak dua hari then Raya. Alamak ! Lupa la baju melayu raya tak beli lagi, harap ada masa untuk beli, Amin. Esok sampai kedah kena bersihkan kubur Mak dulu la, nanti raya nampak cantik sikit. 🎇.                            
  

Thursday, July 24, 2014

Sahabat :*

Terima kasih kawan kawan sebab buat aku dihargai . Sebab selalu tanya khabar aku, selalu nasihat aku , tolong aku bila aku perlukan orang,selalu teman aku lepak & buat lawak dekat aku. Aku akan ingat hampa , tolong hampa masa hampa ada masalah juga. Insyallah, senang sama sama , susah sama sama. Aku ingat hampa dua orang, yang lain pun kawan tapi tada la macam hampa. Nak buat semua benda alah tu.